FAQ


SOALAN LAZIM



// 
Adakah bersauna memang berkesan menurunkan berat badan?
  • Ya, Sauna telah terbukti diseluruh dunia ia berkesan turunkan berat badan.

// Bagaimana sauna boleh turunkan berat badan?
  • Proses bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan kita untuk melancarkan peredaran darah, proses mengeluarkan peluh yang menyebabkan badan kita sedang ‘bersenam’ secara selamat dan istirehat.
  • Semasa proses sauna, tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah. Setiap kali badan kita menggunakan tenaga maka ia akan membakar kalori..Semasa bersauna kalori akan membakar 700-1000KJ setiap sesi. 
  • Penurunan berat badan bukan kerana wap panas atau pemanas infrared tetapi kerana proses pengeluaran peluh dan peredaran darah semasa bersauna. Oleh sebab itu selepas bersauna anda akan rasa jantung bergerak pantas dan berasa seperti baru lepas bersenam dan anda rasa lebih segar, tenang dan ringan. 
  • Malahan bersauna bukan sahaja mengeluarkan peluh tetapi ia mengeluarkan toksik-toksik, garam-garam buangan yang tidak diperlukan dan lain-lain kotoran dalaman hasil daripada makanan yang jika berada lama dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit senyap seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, heart attack dan sebagainya.

// Berapa kali saya perlu bersauna dalam seminggu? Adakah perlu hari-hari?
  • Untuk wanita tidak perlu hari-hari. 3,4 kali seminggu untuk proses penurunan berat badan dan 1-2 kali seminggu untuk badan yang ideal. Sila minum air segelas sebelum dan selepas bersauna dan rehatkan badan dalam 15minit sebelum lakukan aktiviti lain.
  • Selepas bersauna jangan lupa mandi..Lelaki sesuai bersauna cuma JANGAN terlalu kerap. Sebulan hanya 3,4 kali sudah memadai kerana jika terlalu kerap boleh akibatkan sperma tidak subur. Jika lelaki itu sudah mempunyai ramai anak boleh sauna dengan kerap.
  • Jika badan tengah letih jangan bersauna. Rehatkan badan dahulu kita bersauna ikut kemampuan diri..Pastikan anda memakai towel semasa bersauna.

// Bilakah masa yang sesuai untuk bersauna?
  • Bila-bila masa anda FREE..Selepas bersauna, sejukkan badan dalam 15 minit sebelum mandi.

// Saya baru bersalin. Bila masa paling sesuai untuk bersauna semasa dalam pantang?
  • Sangat baik dalam tempoh seminggu selepas bersalin atau ikut kemampuan badan anda. Sekiranya dalam seminggu badan masih lemah, jangan bersauna lagi. 
  • Pastikan anda sihat atau mampu bersauna. Biasa kalau bersalin normal,lepas seminggu bersalin atau badan dah terasa kuat boleh la start bersauna. Klu bersalin ceaser, tunggu lah hingga luka tu kering..lepas tu leh start bersauna.

// Kenapa saya bersauna dah 2 bulan tapi turun sikit je?
  • Tolong jangan makan nasi 3 pinggan selepas sauna. Cuba kurangkan kepada 1 pinggan. Anda lihat hasilnya. Banyakkan makan buah-buahan seperti pisang dan tembikai. Ia tidak akan rasa lapar dan tiada lemak. Kurangkan makanan junk food. Untuk mendapatkan berat badan ideal, anda WAJIB menjaga pemakanan selain dari bersauna.

// Berat Badan saya dah turun, adakah saya perlu terus bersauna?
  • Ya, anda perlu terus bersauna untuk kekalkan berat badan ideal dan kesihatan dalaman. Anda boleh kurangkan kepada 1-2 kali seminggu sahaja.

// Adakah bersauna beri kesan sampingan seperti kalau tak sauna badan naik mendadak?
  • Sauna adalah kaedah paling berfaedah & selamat untuk badan . Tiada Kesan Sampingan. Tetapi kepada anda yang mengalami masalah jantung atau penyakit kronik sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

// Cara Menjaga sauna?
  • Set sauna kami Free Maintenance iaitu tak perlu dibasuh. Untuk menjaga kebersihan sauna, sila lapik kain di bawah kerusi(bahagian bawah sauna) dan sekitar leher. Ini untuk pastikan peluh anda tidak kena pada sauna.
  • Selepas sauna, buka sedikit zip kiri dan kanan dan letak di bawah kipas & spray sedikit Febreeze (anti bakteria) yang terdapat di Gedung Membeli-Belah. Sauna anda bukan sahaja bersih tapi wangi. Kalau terkena kotoran, tak perlu basuh semua sauna, just gosok dengan sabun kawasan kotor dan lapkan sahaja.

// Sekiranya saya ada penyakit serius boleh kah bersauna?
  • Jangan! baik anda minta nasihat doktor anda terlebih dahulu. Sauna ikut kemampuan.


INDIVIDU YANG TIDAK BOLEH BERSAUNA !
  • wanita mengandung
  • mempunyai penyakit kritikal (dapatkan nasihat doktor dahulu)

LANGKAH-LANGKAH BERSAUNA !
Beberapa langkah-langkah keselamatan:

  1. Selepas bersauna, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. 
  2. Minum air kosong or suam yang mencukupi untuk menggantikan cecair dan mineral yang hilang semasa bersauna. 
  3. Jangan duduk dalam bilik sauna lebih daripada 45 minit. 
  4. Tanggalkan kanta lekap (contact lense) sebelum memasuki sauna. 
  5. Wanita hamil tidak boleh sama sekali bersauna. 
  6. Penghidap penyakit kronik(jantung, kencing manis, darah tinggi, penyakit kulit, alergik peluh) perlu dapatkan nasihat dari doktor dahulu ya.